RMSB ialah anak syarikat milikan penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) ditubuhkan sebagai peneraju pembangunan mobiliti pintar dan mampan di Negeri Selangor.
Penubuhan RMSB menyokong agenda kerajaan negeri dalam memperkukuhkan sistem pengangkutan awam, meningkatkan aksesibiliti rakyat, serta memodenkan ekosistem mobiliti melalui teknologi dan inovasi.
Sebagai integrator mobiliti utama, RMSB mengurus dan melaksanakan pelbagai inisiatif strategik termasuk:
Pengurusan Tempat Letak Kereta Pintar - SIP
Perkhidmatan Pengangkutan Awam - DRT
Projek Berkaitan Mobiliti
VISI
Arkitek utama ekosistem mobiliti pintar yang bersepadu.
MISI
Mendukung aspirasi Negeri Pintar menerusi rantaian mobiliti yang efisien, inklusif dan lestari.
MOBILITI TANPA HAD
Nilai Strategik
Ekonomi
Menerajui pertumbuhan kewangan yang mampan serta memastikan kestabilan jangka panjang dalam sektor transit.
Kolaborasi
Membentuk kerjasama awam-swasta dan pelaburan strategik.
Akses
Memperluas liputan perkhidmatan serta meningkatkan ketercapaian demi kesejahteraan semua rakyat.
Teknologi
Pendigitalan melalui AI dan Big Data dilaksanakan bagi memperkukuh kecekapan operasi dan daya saing sektor.
Kelestarian
Menyokong agenda hijau dan mempromosikan gaya hidup rendah karbon