Demand Responsive Transit (DRT) ialah perkhidmatan pengangkutan awam yang fleksible bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan perkongsian pengangkutan awam kepada pengguna mengikut konsep masa dan lokasi pengambilan (pick-up) dan penurunan (drop-off) yang dikehendaki mengikut zon operasi yang telah ditetapkan.
Peranan RMSB
RMSB menawarkan perkhidmatan mobiliti di bawah penjenamaan ‘ Selangor Mobility’ dan merupakan agensi pelaksana DRT di Negeri Selangor.
SUBSIDI RM 3O SEBULAN !
Subsidi Tambang Pengangkutan Awam
Subsidi RM 30 melalui aplikasi NINE kepada 50,000 warga Selangor —
Fasa 1 (Jun-Ogos 2026) menumpu kepada perkhidmatan DRT (Demand Responsive Transit). Fasa 2 (September – Disember 2026) menambah perkhidmatan bas dan kereta api yang tidak diliputi oleh pas MY50.
SOALAN LAZIM MENGENAI SUBSIDI
Mengapakah van Rapid On-Demand tidak digunakan sebagai salah satu operator?
Sebarang penambahan operator atau perkhidmatan yang mengambil bahagian, termasuk maklumat berkaitan penggunaan subsidi untuk Rapid On-Demand, akan diumumkan melalui saluran rasmi RMSB dari semasa ke semasa.
Baki Subsidi RM30 boleh dibawa ke bulan seterusnya?
Tidak, baki yang tidak digunakan pada bulan semasa akan luput dan tidak akan dibawa ke bulan seterusnya. Pengguna akan menerima subsidi RM30 yang baru pada bulan seterusnya.
Adakah wang subsidi tersebut boleh dipindahkan, dikeluarkan atau digunakan ke medium pembayaran lain?
Subsidi ini tidak boleh dikeluarkan, dipindahkan atau digunakan untuk apa-apa sebarang pembayaran lain.
Mengapakah subsidi ini tidak boleh digunakan untuk pembayaran tambang pengangkutan awam seperti MRT atau LRT?
Untuk makluman, subsidi RM30 ini khusus untuk penggunaan perkhidmatan DRT yang telah diaktifkan dan tidak boleh digunakan bagi pembayaran tambang LRT atau MRT kerana perkhidmatan tersebut telah diliputi dibawah pas MY50.
Namun, pada pelaksanaan Fasa 2, subsidi ini akan turut merangkumi perkhidmatan bas dan kereta api yang tidak termasuk dalam liputan pas MY50
Saya ingin mengetahui lokasi pengambilan (pick-up point) dan lokasi penurunan (drop-off point).
Lokasi pengambilan (pick-up point) dan penurunan (drop-off point) dapat dilihat melalui aplikasi operator. Operator Perkhidmatan DRT : Kumpool ( Aplikasi Kummute )
Buat masa kini hanya DRT Kumpool melalui aplikasi Kummute sahaja diaktifkan dalam program subsidi ini bagi 2 zon iaitu Zon Petaling Jaya dan Zon Cyberjaya.
Siapakah yang perlu dihubungi sekiranya terdapat sebarang persoalan atau masalah?
Perkara
Jabatan/Agensi/Penyedia Perkhidmatan Operator
No Tel atau Emel untuk dihubungi
Berkaitan pembayaran atau aplikasi NINE eWallet
WAVPAY SYSTEMS SDN BHD
Talian umum & emel : 03-7622 2519 — support@nineapp.com.my
Berkaitan Operasi Pengangkutan Awam
Rapid On-Demand
Whatsapp Business & Emel :
03 7885 2585 — suggest@rapidkl.com.my